Tahniah kepada semua calon SPM 2013 atas kejayaan mengekalkan kelulusan 100% peningkatan baik GPS dari 3.48 menjadi 3.10 dan bilangan mendapat semua A seramai 14 orang pelajar. Tahniah warga SMKIS.
Pelaporan Program Guru Muda Perdana
Program tersebut telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada 27 Mei hingga 30 Mei 2013. Program ini adalah anjuran daripada Unit Pembangunan Akademik (Majllis Guru Cemerlang) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah, Jasin. Komitmen para guru dan pelajar dalam menjayakan program guru muda ini amat membanggakan dan diharapkan ia menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaaan PMR dan SPM.
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 |
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 |
Taklimat PBS Kepada Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 1
Pada 19 Mac 2013 (Selasa) jam 3.00 petang bertempat di Dewan Besar SMKIS telah dijalankan taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada ibu bapa/penjaga pelajar Tingkatan 1 SMK Iskandar Shah. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyampaikan dan menerangkan objektif PBS dijalankan di sekolah. Diharapkan program ini dapat mewujudkan jalinan antara sekolah dan ibu bapa/penjaga untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak-anak.
Majlis Penyerahan Keputusan STPM 2012
Majlis Penyampaian keputusan STPM 2012 telah dijalankan pada 18 Mac 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Besar SMKIS. Keputusan STPM 2012 telah meningkat kepada 98.11% berbanding 2011 iaitu sebanyak 97.83%. Tuan Pengetua telah menyampaikan slip keputusan STPM kepada 14 orang calon yang memperolehi gred purata tiga dan ke atas berbanding 9 calon pada tahun 2011. Tahniah kepada semua calon STPM 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)