Majlis Penyerahan Keputusan STPM 2012

Majlis Penyampaian keputusan STPM 2012 telah dijalankan pada 18 Mac 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Besar SMKIS. Keputusan STPM 2012 telah meningkat kepada 98.11% berbanding 2011 iaitu sebanyak 97.83%. Tuan Pengetua telah menyampaikan slip keputusan STPM kepada 14 orang calon yang memperolehi gred purata tiga dan ke atas berbanding 9 calon pada tahun 2011. Tahniah kepada semua calon STPM 2012.