Sekapur Sirih

Salam Sejahtera kepada semua guru-guru SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka.

Pertama kali muncul di blog Kurikulum. Sebelum ini blog Kurikulum hanya memuatkan dasar-dasar sekolah. Mulai tahun 2013, atas dorongan dan saranan Pengetua, blog Kurikulum diwujudkan khas untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan dengan perkembangan terkini dan maklumat-maklumat kecemerlangan akademik, program-program yang dijalankan dan laporan-laporan berkaitan dengan Kurikulum.

Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada warga SMKIS khasnya dan masyarakat luar amnya.
Wassalam.



Pn. Hamidah binti Jasmani
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka.