Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi semakin hangat dan panas di SMK Iskandar Shah gara-gara komentar daripada Ibu bapa/Penjaga yang lebih menjurus kepada pengurusab PBS Tingkatan 1 2012.

Sayugia diingat, PBS untuk Tingkatan 1 merupakan program rintis Kementerian Pelajaran di bawah seliaan Lembaga Peperiksaan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Program ini telah dimulakan pada tahun 2011, rintis Tahun 1 Sekolah Rendah maka tentulan program yang setahun jagung ini banyak kelemahan dan memang memerlukan cadangan atau semakan penambahbaikan daripada semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru-guru SMKIS janganlah berasa kecewa atau putus asa dengan komen-komen tersebut. Kita pertingkatkan usaha, kemaskan bahan-bahan, lakukan perbincangan agar sekolah kita gemilang dalam pengurusan PBS. SMKIS BOLEH!!