Skop Peperiksaan Pengesanan 1 Ting 3&5/2013

Ujian Awal Tahun bagi Tingkatan 3 dan 5 akan dijalankan sebelum 15 Mac 2013 dan tarikh akhir untuk masuk markah hendaklah sebelum 29 Mac 2013. Semua guru SMKIS hendaklah memastikan soalan yang disediakan bukan berbentuk topikal dan skop soalan Tingkatan 3 hendaklah merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3. Untuk soalan tingkatan 5 perlu merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5. Perhatian yang serius hendaklah diberikan kepada kualiti soalan dan format PMR dan SPM. 
Selamat menyediakan soalan.